Aspek keselamatan dan pertahanan siber Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa dipantau bagi memastikan segala ancaman yang mengganggu rangkaian komunikasi pertahanan dapat ditangani sewajarnya.<br />Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Datuk Sri Affendi Buang berkata pihaknya sentiasa memantau dan mempertingkatkan aspek keselamatan siber dari semasa ke semasa.
